Selamat Datang ke Blog SIB Asia City

“UNTUK KEMULIAAN DAN MENYENANGKAN HATI TUHAN”

JEMAAT2 SIBAC DIDOAKAN 

SIB ASIA CITY, LOT 27 – 28, TGKAT 3, BLOK D, SINGGAH MATA 1, KOMPLEKS ASIA CITY, 88000, KOTA KINABALU, SABAH.

TELEFON ATAU SMS : 088 – 705 950, FAKS : 088 – 266 950

TEMA GEREJA – MATIUS 13:8

‘SERATUS KALI GANDA’ (100X)

MISI GEREJA

KAMI GEREJA DI AKHIR ZAMAN KOMITED MEMBAWA ORANG UNTUK PERCAYA KEPADA TUHAN YESUS SERTA MEMURID DAN MEMPERLENGKAPI MEREKA SUPAYA MENJADI PENYEMBAH, SETIA DAN BERHASIL UNTUK KEMULIAAN TUHAN.

IBRANI 10:24-25

HENDAKLAH KITA PERHATIKAN SATU SAMA LAIN, SUPAYA KITA DAPAT SALING MEMBERI DORONGAN UNTUK MENGASIHI SATU SAMA LAIN DAN UNTUK MELAKUKAN HAL YANG BAIK. JANGAN KITA HENTIKAN KEBIASAAN BERKUMPUL BERSAMA – SAMA…..

Shalom….

Selamat datang dan terima kasih kerana melayari blog ini. Kami menyediakan blog ini agar kawan – kawan seiman yang bersama – sama berbakti di SIB Asia City (SIBAC) dapat mengenali dan mengetahui perkembangan gereja Tuhan di SIBAC, mendapat informasi – informasi terkini, khotbah sepanjang minggu, aktiviti – aktiviti yang dijalankan, dapat berkomunikasi, berkongsi, meluahkan dari hati ke hati, menyuarakan pandangan dan cadangan. Anda juga dapat melihat foto – foto yang terkini dari SIBAC.

Kami juga terbuka dan rindu untuk membantu saudara dan saudari khususnya dalam pelayanan doa secara peribadi atau korporat. Kerinduan kami agar setiap satu dan semua peribadi dapat menemukan kedamaian dan jawapan dari Tuhan melalui bantuan doa serta mendapatkan khidmat kaunseling dari pemimpin – pemimpin gereja dan muda – mudi seperti anda….

Bagi anda yang tidak berkesempatan untuk berbakti bersama – sama kami pada kebaktian minggu dan ingin mengetahui perkembangan – perkembangan SIBAC yang terkini, JANGAN RISAU!!! Kami akan menulis khotbah – khotbah yang telah disampaikan agar anda juga tidak ketinggalan dalam menikmati berkat – berkat dari ALLAH!!! Sebarang laporan juga akan kami sampaikan kepada anda melalui blog ini, jadi jangan lupa untuk melayarinya selalu…. Demi kemuliaan Tuhan kita YESUS KRISTUS…

Anda juga boleh mengongsikan kepada rakan – rakan yang mungkin berada di gereja – gereja lain agar mereka juga dapat berkongsi kebaikan – kebaikan Tuhan dengan kita….

Kami juga dengan berbesar hati dan mengalu – alukan kedatangan saudara dan saudari untuk menyertai kami pada:

Persekutuan Doa (Prayer Meeting) – 07:30PM, Setiap Khamis.

Kebaktian Ahad (Sunday Service) – 09:00AM

Persekutuan Muda – Mudi (Youth Meeting) – 01:00PM, Setiap Ahad.

SEBARANG PERTANYAAN, SILA BERHUBUNG DENGAN URUSETIA GEREJA:-

  • Dkns Ivy Pur – 013 874 3161
  • Dkns Estah Samun – 013 872 0914
  • Dkns Henrietta Jews – 012 802 7316

>>>BLOG INI AKAN SENTIASA DIKEMASKINI, SEBARANG KOMEN, CADANGAN ATAU TAMBAHAN SILA MAKLUMKAN<<<

Becky

shalon83@yahoo.com (E-mail & YM)